Wednesday, December 5, 2012
Thursday, November 22, 2012
TAHNIAH....
Sekalung tahniah kepada anak-anak murid saya yang mendapat A, B dan C dalam subjek Bahasa Melayu. Anak-anak murid saya ini merupakan anak-anak murid di kelas yang paling belakang. Mereka kerap dilabelkan sebagai murid-murid bermasalah hanya kerana mereka berada di kelas yang paling corot. Ada di antara mereka yang tidak menguasai kemahiran membaca apalagi kemahiran menulis. Pernah pada awal tahun saya memohon untuk mengikuti anak-anak murid saya yang berada di kelas pertama memandangkan saya telah mengajar mereka sejak mereka dari Tahun 4 dan Tahun 5 lagi tetapi permohonan saya ditolak kerana ketidakpercayaan yang tinggi daripada pihak pentadbir terhadap kemampuan saya. Walau bagaimanapun saya tetap berusaha merayu untuk mengikut mereka sehingga ke Tahun 6 kerana saya yakin akan prestasi mereka yang rata-ratanya berpotensi untuk mendapat A dan B dalam peperiksaan. Saya telah menyediakan laporan pengajaran selama 2 tahun saya bersama mereka berserta strategi, kaedah dan program yang telah saya jalankan. Bukan itu sahaja graf peningkatan mereka dalam pencapaian subjek Bahasa Melayu telah saya kemukakan sepanjang 2 tahun berturut-turut. Alangkah sedihnya apabila rayuan saya ditolak dengan alasan khuatirkan prestasi BM UPSR 2012 akan jatuh sekiranya saya mengajar di kelas pertama. Maka saya diberi kelas Tahun 6 yang paling corot. Saya ambil cabaran tersebut memandangkan personaliti saya yang 'Risk Taker' yang suka akan cabaran. Tahun 6G sering dilabel sebagai murid yang tak pandai, bermasalah dan lain-lain oleh segelintir guru dan mereka sering dimarah. Namun bagi saya hak untuk belajar dan diajar ialah hak untuk semua murid sama ada mereka pandai atau tidak. Untuk mengajar kemahiran menulis kepada mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh sebab itu, saya melakukan ujian diagnostik pada awal tahun untuk mengenalpasti mereka yang berpotensi untuk cemerlang, yang sederhana dan yang lemah. Setelah itu, teknik-teknik menulis seperti yang saya telah hasilkan di blog ini telah saya aplikasikan kepada mereka. Sedikit demi sedikit kemahiran menulis mula berkembang dalam diri mereka.
Saya mengamalkan sikap tegas dalam proses P&P. Setiap marah yang saya lemparkan pada mereka berserta kasih sayang seperti marah seorang ibu kepada anak. Tidak ada pilih kasih yang saya amalkan. Disamping itu unsur-unsur spiritual saya selitkan dalam kelas saya. Adab bersalam dengan guru selepas habis waktu pengajaran saya memang saya wajibkan. Ceramah-ceramah agama seperti Halaqah Sentuhan Qalbu saya perdengarkan sehinggakan mereka menjadi murid yang begitu akrab dengan saya. Saya ambil salah seorang murid tinggal bersama saya pada saat UPSR semakin hampir untuk memastikan disiplin belajarnya teratur.
Pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dua orang murid iaitu Danial Ridhwan dan Afiq Danial telah memperoleh B dalam penulisan mereka. Namun markah yang saya tanda itu telah dipersoalkan oleh pihak pentadbir. Beliau menyemak semula kertas tersebut kerana beliau tidak percaya akan markah yang diberi oleh saya. Beliau mengubah markah tersebut dari B kepada C. Saya rasa begitu marah kerana mereka anak murid saya dan saya tahu akan prestasi yang ditunjukkan mereka. Alhamdulillah setelah keputusan UPSR diumumkan Danial Ridhwan berjaya memperoleh A dan Afiq Danial berjaya memperoleh B seperti yang saya jangkakan.
Seorang murid perempuan di kelas 6G iaitu Anis Aqilah saya rasa begitu istimewa sekali kerana dia tergolong dalam murid PROTIM sejak tahun 4 dan 5 lagi. Dia tidak tahu membaca dan menulis. Berkat kesungguhan saya dan dirinya mengamalkan semua teknik yang saya berikan dia berjaya memperoleh markah B dalam penulisan. Syukur Alhamdulillah...
Kepada semua pembaca yang mahu meningkatkan kemahiran menulis anda, jangan bertangguh lagi untuk mengamalkan teknik-teknik yang saya paparka dalam blog ini kerana sedetik anda bertangguh anda telah menangguhkan kejayaan anda menjadi penulis yang hebat.
Saya mengamalkan sikap tegas dalam proses P&P. Setiap marah yang saya lemparkan pada mereka berserta kasih sayang seperti marah seorang ibu kepada anak. Tidak ada pilih kasih yang saya amalkan. Disamping itu unsur-unsur spiritual saya selitkan dalam kelas saya. Adab bersalam dengan guru selepas habis waktu pengajaran saya memang saya wajibkan. Ceramah-ceramah agama seperti Halaqah Sentuhan Qalbu saya perdengarkan sehinggakan mereka menjadi murid yang begitu akrab dengan saya. Saya ambil salah seorang murid tinggal bersama saya pada saat UPSR semakin hampir untuk memastikan disiplin belajarnya teratur.
Pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dua orang murid iaitu Danial Ridhwan dan Afiq Danial telah memperoleh B dalam penulisan mereka. Namun markah yang saya tanda itu telah dipersoalkan oleh pihak pentadbir. Beliau menyemak semula kertas tersebut kerana beliau tidak percaya akan markah yang diberi oleh saya. Beliau mengubah markah tersebut dari B kepada C. Saya rasa begitu marah kerana mereka anak murid saya dan saya tahu akan prestasi yang ditunjukkan mereka. Alhamdulillah setelah keputusan UPSR diumumkan Danial Ridhwan berjaya memperoleh A dan Afiq Danial berjaya memperoleh B seperti yang saya jangkakan.
Seorang murid perempuan di kelas 6G iaitu Anis Aqilah saya rasa begitu istimewa sekali kerana dia tergolong dalam murid PROTIM sejak tahun 4 dan 5 lagi. Dia tidak tahu membaca dan menulis. Berkat kesungguhan saya dan dirinya mengamalkan semua teknik yang saya berikan dia berjaya memperoleh markah B dalam penulisan. Syukur Alhamdulillah...
Kepada semua pembaca yang mahu meningkatkan kemahiran menulis anda, jangan bertangguh lagi untuk mengamalkan teknik-teknik yang saya paparka dalam blog ini kerana sedetik anda bertangguh anda telah menangguhkan kejayaan anda menjadi penulis yang hebat.
Friday, September 21, 2012
KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI
Adakah anda tahu bahawa kemahiran bertutur berhubung kait dengan kemahiran menulis. Hal ini adalah kerana melalui pertuturan kanak-kanak mengumpul maklumat dalam memori jangka panjang mereka. Simpanan perkataan-perkataan tersebut akan dikeluarkan secara automatik apabila tiba masanya untuk mereka gunakan. Oleh yang demikian semasa zaman awal kanak-kanak ibu bapa jangan menghalang kanak-kanak dari bertanya dan berkomunikasi. Ibu bapa perlulah membimbing mereka.
Wednesday, September 19, 2012
Semua Bahan di Sekeliling Anda adalah Bahan Cerita
Pernahkah anda kehabisan idea untuk menulis? Mengapakah hal ini terjadi? Bagaimanakah untuk mengatasi? Idea menulis tidak dapat diundang. Kadang-kala idea ini datang sewaktu kita sedang memandu kereta. Ada juga idea datang sewaktu kita sedang bersantai. Oleh sebab itu, saya akan sentiasa membawa buku nota kecil untuk memudahkan saya mencatat apa sahaja idea yang datang secara tidak diundang ini. Mengapakah saya perlu mencatat idea? Semua manusia mempunyai dua jenis memori iaitu memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Idea yang tersimpan dalam memori jangka pendek akan hilang dalam masa yang singkat dan tidak akan dapat kita ingati. maka untuk idea tersebut disimpan dalam memori jangka panjang maka proses yang dikenali sebagai pengulangan (rehearsal) perlu dilakukan. Satu lagi cara ialah melalui 'Writing burst'. 'Writing burst' merupakan satu proses yang dapat membantu kita menyimpan idea ke memori jangka panjang. Caranya kita mencari satu bahan sama ada alat, ayat, frasa atau rangkap lagu dan lain-lain lagi. Kemudian kita mula mencatatkan apa sahaja idea tentang bahan tersebut. Curahkan idea tersebut selama 10 minit tanpa henti ke atas sekeping kertas. Kemudian anda bolehlah memulakan penulisan anda mengikut tajuk atau tema yang anda telah pilih. Sesekali rujuklah 'writing burst' anda. Hasilnya, Wow, penulisan anda akan menjadi hebat!. Selamat mencuba.
Tip Memulakan Kemahiran Menulis
Adakah anda tahu menulis tentang diri sendiri merupakan permulaan yang bijak bagi memulakan kemahiran menulis. Hal ini kerana anda lebih arif tentang diri kamu. Maka dengan itu, anda dapat mengolah ayat untuk menggambarkan keistimewaan yang terdapat pada diri sendiri. Setelah itu, proses ini boleh dikembangkan kepada ahli keluarga yang terdekat, sahabat handai dan barulah kepada masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam. Jom, menulis!!!
Monday, September 3, 2012
AJAIBNYA CINTA
Tingkatan 4P1 masih sunyi. Cuma ada beberapa beg sahaja
yang terletak di bangku manakala tuan empunya beg entah ke mana. Damia
menggalas beg galasnya menuju ke tempat duduknya yang terletak di tempat paling
belakang. Damia sengaja memilih tempat di hujung dunia itu bagi mengelakkan
kuapan dan senggukkannya kurang ketara kelihatan di mata Cikgu Anum. Cikgu Anum
yang garangnya mengalahkan Hitler menyebabkan Damia
perlu berada pada jarak yang paling jauh dari cikgu kesayangan Zetty itu. Damia selalu menjadi ‘murid kesayangan’ Cikgu Anum kerana namanyalah yang kerap dipanggil sama ada untuk menjawab soalan yang diajukan, berdiri kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi mahupun kerana menjadi antara pelajar yang gagal dalam matapelajaran Matematik. Subjek Matematik merupakan subjek yang paling Damia anti. Nombor-nombor yang tertera memeningkan kepala Damia apa lagi untuk menyelesaikan soalan Matematik. Bagi Damia untuk menyelesaikan masalah matematik sama sukar dengan tugas forensik untuk menyelesaikan masalah jenayah. Semuanya perlukan bukti dan jalan kerja. Leceh.
perlu berada pada jarak yang paling jauh dari cikgu kesayangan Zetty itu. Damia selalu menjadi ‘murid kesayangan’ Cikgu Anum kerana namanyalah yang kerap dipanggil sama ada untuk menjawab soalan yang diajukan, berdiri kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi mahupun kerana menjadi antara pelajar yang gagal dalam matapelajaran Matematik. Subjek Matematik merupakan subjek yang paling Damia anti. Nombor-nombor yang tertera memeningkan kepala Damia apa lagi untuk menyelesaikan soalan Matematik. Bagi Damia untuk menyelesaikan masalah matematik sama sukar dengan tugas forensik untuk menyelesaikan masalah jenayah. Semuanya perlukan bukti dan jalan kerja. Leceh.
Damia
meletakkan beg galasnya di atas kerusi plastik berwarna coklat. Beberapa buah
buku yang dipegangnya dimasukkan ke dalam ruangan di bawah meja. Namun buku itu
tidak dapat masuk sepenuhnya seperti ada sesuatu yang menghalang. Damia segera
meraba-raba benda yang berada di dalam ruangan bawah mejanya. Tangannya dapat
merasakan sesuatu yang agak keras dan berbucu. Otaknya mentafsirkan bahawa itu
ialah sebuah kotak. Sangkaannya benar apabila dia menarik keluar ternyata itu
adalah kotak bewarna merah jambu yang diikat
dengan reben bewarna keemasan. Cukup comel dan menarik.
“ Siapalah agaknya yang
bagi hadiah ni? Setahu aku, aku ni taklah sepopular Zetty. Lantaklah orang dah
bagi, rezeki jangan ditolak”, Damia tersengih-sengih sendirian sambil jejarinya
pantas meleraikan ikatan reben yang mengikat kotak merah jambu tersebut. Sebaik
sahaja kotak tersebut dibuka, Damia menjerit. Apa taknya kerana kotak itu mengandungi
seekor tikus plastik, haiwan yang bisa menyebabkan dia melompat-lompat malah
berlari tanpa henti. Pada mulanya Damia menyangkakan tikus itu adalah tikus
yang sebenar tetapi apabila tertera di bahagian tepi tikus itu ‘Made in China’
barulah dia tahu rupa-rupanya itu hanyalah tikus plastik. Walaupun begitu ianya
tetap membuatkan Damia berasa geli geleman.
Zetty
yang baru sahaja masuk ke dalam kelas turut terkejut mendengar jeritan Damia.
“Hei, kenapa dengan kau.
Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba menjerit”, Zetty bersuara separuh
menjerit kerana dia turut terkejut dengan jeritan Damia tadi.
“Wow, ada hadiah la!”
Zetty bersuara lagi sambil tangannya menarik kotak bewarna merah jambu itu.
Kali ini Zetty pula menjerit kerana terkejut melihat tikus plastik yang
berwarna hitam itu terbaring di dalam kotak itu.
“Oi, siapa punya kerja
ni!. Nasib baik aku tak ada penyakit jantung. Kurang asam betul”, Zetty
mengetap bibirnya sambil mengurut-urut dadanya.
“Aku tahu ni mesti kerja
Si Syamsul Bangau tu. Nanti dia. Tak habis-habis cari pasal dengan aku”. Damia
mula meneka-neka siapa yang telah mengenakannya. Syamsul pelajar Tingkatan 5P2
merupakan musuh utama Damia di sekolah itu. Syamsul selalu mengenakan Damia.
Damia sendiri pun tidak mengerti kenapa Syamsul suka sangat mengganggu dirinya.
Apa sahaja yang Damia lakukan pasti menjadi bahan usikan Syamsul. Damia segera
menarik keras kotak merah jambu itu lalu keluar dari kelasnya menuju ke kelas
5P2. Sampai sahaja Damia di Kelas 5P2, dia segera menuju ke tempat duduk
Syamsul. Bangku tersebut kosong. Beg Syamsul juga tidak ada di situ.
“Mungkin Si Bangau ni bawa
beg dia sekali ke bawah” bisik hati kecil Damia.
Beberapa orang kawan Syamsul yang baru
masuk ke dalam kelas mula mengusik Damia.
“Fuyo, ada hadiah untuk
Syamsul lah. Warna pink lagi.” Amran kawan baik Syamsul bersuara sambil ketawa
diikuti oleh rakan-rakannya yang lain.
“Hei, tolong sikit tak ada
masa aku nak bagi hadiah kat Si Bangau tu. Daripada aku bagi dia, lebih baik
aku bagi kat beruang”, Damia menyangkal andaian Amran sambil bercekak pinggang
lalu pergi meninggalkan Amran dan rakan-rakannya. Manakala Amran dan yang lain
masih mengetawakan Damia. Hati Damia bertambah geram.
Indera
lihat Damia mencari-cari Syamsul sewaktu
perhimpunan sekolah sedang berlangsung namun bayangnya pun tidak kelihatan.
Damia mula berasa ragu dengan hadiah yang diterimanya sebentar tadi. Kalau
benar Syamsul yang memberikan kotak itu mengapa Syamsul tidak ada di sekolah
pada pagi ini. Jadi siapa yang memberikan hadiah itu kepadanya.
“Syamsul
datang tak hari ni?”, Damia bertanyakan kepada salah seorang pelajar dari kelas
5P2.
“Rasanya
tak sebab dari tadi tak nampak,” jelas pelajar tersebut.
“Jadi
betullah hadiah tu bukan datang dari Syamsul” bisik hati Damia.
Sedang Damia memikirkan kotak merah
jambu tersebut, mata Damia terpandangkan Cikgu Anum yang sedang duduk di kerusi
di atas pentas. Perutnya kecut apabila memikirkan tugasan yang diberi oleh
Cikgu Anum masih belum disiapkannya lagi.
“Matilah
aku, lepas perhimpunan ni Cikgu Hitler tu masuk”, hatinya berkata-kata. Pagi
tadi sememangnya Damia berniat untuk meniru jawapan dari Zetty tetapi
disebabkan oleh kotak merah jambu misteri itulah menyebabkan Damia terlupa akan
tugasan tersebut. Damia mencuit pinggang Zetty yang sedang beratur di hadapannya.
“Apahal?”,
Zetty agak terkejut dan meliuk kegelian.
“Tugasan Cikgu Anum aku
tak siap lagi lah”, Damia berbisik perlahan.
“Kau nak mampus? Cikgu
Anum dah bagi amaran terakhir kat kau. Kalau tidak dia nak bagi surat cinta kat
parent kau. Dah tu nak buat macam mana? Lepas ni waktu Matematik” Zetty agak
terkejut dengan pengakuan berani mati Damia.
“Dah tu nak buat macam
mana? Buat bodoh la....”, jawab Damia bersahaja.
“Kau ni memang tak serik-seriklah... walau macam
manapun tahniah sebab kau memang
poyo. He he he” Zetty tergelak kecil sambil
tangannya menekup mulutnya yang mengeluarkan
ketawa yang agak kuat. Damia dan
Zetty dihampiri Zeera pengawas dari tingkatan 5 Sains 1.
Zeera menunjukkan
isyarat supaya diam sambil menjeling kea rah Damia dan Zetty. Zetty
menabik
tangan ke arah Zeera tanda akur kepada perintah pengawas yang menjadi pujaan
ramai pelajar lelaki di sekolahnya itu.
Siapakah pengirim sebenar kotak merah jambu? Apakah kaitan Syamsul Bangau dengan Damia? Jika anda ingin mengetahui kesudahan cerita ini nantikan novel Ajaibnya Cinta yang akan berada di pasaran....
Monday, August 27, 2012
SENANGNYA MENULIS
- Lontarkan apa sahaja idea anda dengan menulis di atas kertas. (Gambaran mental ke visible)
- Tuliskan perkataan-perkataan baharu yang anda temui dan anda rasa menarik untuk digunakan.
- Pastikan anda mengetahui maksud perkataan-perkataan tersebut.
- Lukiskan plot cerita anda
- Mulakan menulis dengan satu perenggan dan 3 ayat mudah.
- Baca perenggan tersebut dan tukarkan ayat mudah kepada ayat majmuk.
- Baca semula dan masukkan perkataan-perkataan baharu yang sesuai dengan perenggan tersebut.
- MUDAHKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Idea : Seorang budak yang telah insaf dari kesalahan yang sering dilakukan( suka berbohong).
Perkataan baharu - naif ( lurus bendul, baik ), buana (menjadi terkenal)
Perenggan asal
Pada suatu hari, ada seorang budak yang terkenal dengan nakalnya. Dia suka menipu . Sikapnya yang suka berbohong menyebabkan dia menjadi terkenal di seluruh kampung.
Perenggan baru setelah diedit
Di sebuah kampung yang jauh dari ibu kota, tinggallah seorang budak yang bernama Amran. Amran merupakan seorang budak yang suka bercakap bohong. Pak Leman seorang yang naif sering menjadi mangsa pembohongan Amran. Sikap buruknya itu telah membuana di kampungnya sehingga menyebabkan mereka menjauhi Amran
Tuesday, June 19, 2012
Kata Kerja Transitif
Setelah lama tidak menulis dalam blog, pada hari ini saya akan menyentuh tentang penggunaan Kata Kerja Transitif (KKT). Dalam pembinaan ayat kebiasaannya kita menulis dengan memberi imbuhan kepada sesuatu kata dasar. Kata dasar yang diberi imbuhan meN- merupakan perkataan yang membentuk Ayat Aktif. Contohnya: Aiman menyepak bola itu dengan kuat. Perkataan menyepak merupakan Kata Kerja Transitif (KKT) yang membentuk ayat aktif. Bagi mengelakkan kesalahan dalam menulis ayat aktif ini maka murid-murid perlu memastikan tiada perkataan lain diselitkan selepas kata kerja transitif kecuali kata nama.
KKT KN
Aiman menyepak bola itu dengan kuat. (betul)
KKT KN
Aiman menyepak dengan kuat bola itu. (salah)
KKT KN
Aiman menyepak bola itu dengan kuat. (betul)
KKT KN
Aiman menyepak dengan kuat bola itu. (salah)
Subscribe to:
Posts (Atom)