Monday, August 27, 2012

SENANGNYA MENULIS


  • Lontarkan apa sahaja idea anda dengan menulis di atas kertas. (Gambaran mental ke visible)
  • Tuliskan perkataan-perkataan baharu yang anda temui dan anda rasa menarik untuk digunakan.
  • Pastikan anda mengetahui maksud perkataan-perkataan tersebut.
  • Lukiskan plot cerita anda
  • Mulakan menulis dengan satu perenggan dan 3 ayat mudah.
  • Baca perenggan tersebut dan tukarkan ayat mudah kepada ayat majmuk.
  • Baca semula dan masukkan perkataan-perkataan baharu yang sesuai dengan perenggan tersebut.
  • MUDAHKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


 Idea : Seorang budak yang telah insaf dari kesalahan yang sering dilakukan( suka berbohong).
Perkataan baharu - naif ( lurus bendul, baik ), buana (menjadi terkenal)

Perenggan asal
         Pada suatu hari, ada seorang budak yang terkenal dengan nakalnya. Dia suka menipu . Sikapnya yang suka berbohong menyebabkan dia menjadi  terkenal di seluruh kampung.

Perenggan baru setelah diedit
        Di sebuah kampung yang jauh dari ibu kota, tinggallah seorang budak yang bernama Amran. Amran merupakan seorang budak yang suka bercakap bohong. Pak Leman seorang yang naif sering menjadi mangsa pembohongan Amran. Sikap buruknya itu telah membuana di kampungnya sehingga menyebabkan mereka menjauhi Amran